Pages

Rabu, 6 Oktober 2010

Kenapa saya perlu menyimpan dengan Prudential?

Tuan/puan yang dikasihi sekalian. di sini saya ingin berkongsi maklumat dengan tuan/puan mengenai kelebihan menyimpan dengan Prudential. kita ambil en. A sebagai kajian kes.

Profail en. A
1.En. A berumur 30 tahun. beliau seorang eksekutif dengan pendapatan rm5,ooo sebulan. beliau telah berkeluarga (anak & isteri) serta mempunyai rumah dan kereta.

2. En. A sangat pentingkan soal kewangan. beliau membuat simpanan rm1,000 setiap bulan untuk tujuan tabungan pendidikan anak, tabungan persaraan, tabungan kecemasan & tabungan untuk keperluan peribadi (melancong, jam/hp/baju/kasut baru dsb.)

3. En. A mencarum setiap bulan dalam 1 polisi insurans bernilai rm100,000. pampasan akan diberikan sekiranya en. A mengalami salah satu dari 3 kejadian: mati@lumpuh@mendapat penyakit kritikal.

Jadi, bila dilihat kepada profail en. A, boleh dikatakan yang hidupnya serba lengkap. beliau bekerja, menyimpan untuk masa hadapan, memiliki rumah,kereta,berkeluarga dan memiliki insurans.

Boleh tak kita jangka pada umur berapakah en. A akan meninggal dunia? lumpuh? mendapat penyakit kritikal? semestinya tidak, kerana semuanya adalah ketentuan Tuhan....

Semasa Menghadapi Krisis

-Suatu hari, en. A merasa sakit kepala yang agak lama. beliau pergi ke panel klinik untuk rawatan, tetapi dicadangkan oleh doktor klinik supaya beliau ke hospital untuk rawatan lanjut...

-Agak malang, en. A didiagnosis menghidap kanser. Menurut pihak hospital, perbelanjaan merawat kanser selama 2-5 tahun boleh mencecah rm200-300 ribu sepanjang tempoh tersebut.

-Dengan keadaan en. A yang tidak sihat untuk bekerja, adakah syarikat akan terus menggaji pekerja yang tidak produktif? secara berperingkat, majikan berhak memberi: gaji penuh (3 bulan pertama yang tidak bekerja), separuh gaji (bulan ke4-6 yang tidak bekerja), dan akhirnya surat pemberhentian kerja boleh dikeluarkan apabila masih tidak mampu bekerja selepas tempoh 6 bulan...

Penyelesaian Masalah

-Untuk merawat penyakit kanser en. A, beliau melakukan perkara berikut:

1. MEMBUAT TUNTUTAN INSURANS: en. A akan dibayar sebanyak rm100,000 disebabkan mendapat penyakit kritikal (kanser), dan polisi tersebut akan ditutup. akan tetapi, untuk rawatan secara berterusan, jumlah tersebut hanya mampu menampung sebahagian kos rawatan yang diperlukan. Untuk mencari dana tambahan untuk menampung kos rawatan, en. A akan:

2. MENGELUARKAN SIMPANAN: sebagaimana yang telah diketahui, tujuan en. A membuat simpanan adalah demi 4 impian (jaminan duit persaraan, tabungan pendidikan anak-anak, tabungan perkara kecemasan & keperluan peribadi). Apabila en. A mengeluarkan simpanannya sedikit demi sedikit untuk menampung kos rawatan kanser hingga habis segala simpanan, dapat dirumuskan bahawa impian-impian en. A telah beliau MUSNAHKAN sendiri...malangnya, simpanan tersebut masih lagi tidak cukup untuk menampung kos rawatan kansernya. En. A kemudiannya berusaha untuk mencari dana tambahan merawat kanser dengan cara:

3. MEMBUAT PINJAMAN: dengan keadaan en. A yang sakit dan tidak bekerja, institusi kewangan mana yang sanggup memberi pinjaman kepada peminjam semacam en. A? Usaha untuk pinjam duit nampaknya tidak mampu membantu en. A. Beliau kemudian melihat kepada apa harta yang beliau masih ada, di mana dalam situasi amat terdesak ini beliau akan cuba untuk:

4. MENJUAL KERETA & RUMAH: jual kereta....pernahkah kita dengar jual kereta makin untung? kebiasannya merugikan, silap-silap kena top-up duit untuk jual. nak jual/pajak rumah? mana isteri dan anak-anak nak berlindung? adakah menjual rumah semudah menjual pisang goreng? dalam keadaan ini, proses penjualan pun sukar dan lambat, ditambah dengan kebajikan keluarga akan terabai...akhirnya en. A nekad untuk:

5. MEMBUAT TABUNGAN DERMA: sebelum tu cuba kita bayangkan kita tengah makan di kedai makan/warung, kalau ada peminta sedekah, adakah kita akan selalu bagi mereka duit? lagi teruk,kalau orang ingat kita mangsa sindiket, padahal memang tengah takde duit! nampaknya bukan mudah @ hampir mustahil nak minta derma ni. apatah lagi nak guna rm100-200 ribu, cuba bayangkan berapa lama nak dapat?

Kesimpulannya, disebabkan penyakit, en. A telah:

1. kehilangan kerja
2. bila hilang kerja, sudah tentu tiada gaji
3. bila tiada gaji, sudah tentu tiada simpanan.

JIKA EN. A MEMBUAT SIMPANAN DENGAN PRUDENTIAL?

-Katakan en. A memilih untuk menyimpan dengan Prudential. Dengan jumlah simpanan yang sama, Prudential akan membuka satu akaun (3-dalam-1) untuk en. A, di mana selepas 60 hari, en. A akan diberi:

1. Satu akaun perlindungan bernilai RM 250,000 di mana en. A akan dilindungi sehingga 100 tahun.
2. satu kad perubatan bernilai RM 1,000,000, dan
3. akaun pelaburan terdiri dari 3 jenis dana, di mana en. A memilih dana berprestasi tinggi.

DISEBABKAN PENYAKIT KANSER, APA YANG PRUDENTIAL BOLEH BANTU EN. A?

- Setelah didiagnosis menghidap kanser, apa yang Prudential boleh membantu ialah:

1. Disebabkan mendapat kanser, en. A tidak perlu lagi membuat simpanan setiap bulanan tersebut. Sebaliknya, Prudential yang akan membayar simpanan bulanan bagi pihak en. A sehingga beliau meninggal dunia @ sehingga 100 tahun, bagi meneruskan simpanan tersebut.

2. Disebabkan mendapat kanser, pampasan sebanyak RM 250,000 akan diberikan kepada en. A, bagi membantu meringankan beban hutang (rumah, kereta dsb). Jika ada lebihan, en. A tidak perlu memulangkan kepada Prudential.

3. Disebabkan mendapat kanser, Prudential akan memberi pendapatan tahunan sebanyak rm 25,000 sehingga beliau berumur 70 tahun. Kita perlu ingat, walaupun hutang rumah dan kereta sudah dilangsaikan, bil api, air, makan dan minum tetap kena bayar setiap bulan.

4. Disebabkan mendapat kanser, en. A boleh meneruskan rawatan menggunakan kad perubatan yang disediakan Prudential di mana-mana hospital pakar yang menjadi hospital panel kepada Prudential.

Kesimpulannya, disebabkan en. A mendapat kanser,

1. En. A telah hilang pekerjaan
2. En. A tidak lagi bekerja, tetapi beliau ada pendapatan! (rm 25,000 setahun)
3. En. A ada pendapatan, dan juga ada simpanan.

Kesimpulannya, antara 2 cara simpanan di atas, yang manakah simpanan yang bijak?

JIKA EN. A SIHAT, APA PULA YANG EN. A BOLEH DAPAT?

-Jangan risau...Prudential menyediakan insurans berkaitan pelaburan, sesuatu produk yang sangat menarik. Prudential akan melaburkan simpanan tersebut agar en. A mendapat pulangan terbaik bagi setiap ringgit yang beliau keluarkan.

-Katakan en. A akan bersara pada umur 60 tahun. Dengan pelan persaraan yang terdapat dalam akaun Prudential, en. A dijangka menerima dana persaraan kira-kira RM 491, 360! Ianya hasil daripada pelaburan ke atas:

1. Unit akaun asas
2. Unit akaun peserta
3. Unit akaun pelaburan

Jadi, boleh dikatakan anda tidak perlu memikirkan di mana pelaburan terbaik untuk setiap ringgit yang boleh anda lakukan. Hanya perlu mencari wakil jualan Prudential seperti saya, dan yang lainnya biarlah Prudential yang uruskan. Anda berhak menikmati hidup yang lebih baik setelah menyimpan dengan Prudential!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan