2010/06/15
Pengeluaran Kesihatan penyakit kritikal baru kuat kuasa hari iniKUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menambah jumlah penyakit kritikal yang boleh dikeluarkan di bawah Pengeluaran Kesihatan daripada 13 jenis penyakit kepada 36 jenis penyakit.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol berkata, jumlah penyakit kritikal yang baru berkuat kuasa hari ini.
komen>> Tujuan kita menyimpan dalam KWSP adalah untuk menjamin hari persaraan nanti. Tapi jika simpanan ini dikeluarkan untuk tujuan lain (contoh di atas ialah perbelanjaan perubatan), adakah simpanan tersebut masih mencukupi untuk hari persaraan nanti?
Contoh:
Umur sekarang: 30 tahun
Umur bersara: 60 tahun
Jangka hayat: 80 tahun
Purata perbelanjaan: RM2,000 sebulan/ RM24,000 setahun
maka, simpanan yang anda perlu ada semasa persaraan nanti ialah:
RM24,000 x 20 tahun = RM480,000
Dengan tempoh bekerja sebelum bersara yang ada ketika ini sebanyak 30 tahun,
maka secara puratanya anda perlu menyimpan setiap bulan sebanyak:
RM480,000 / 30 tahun / 12 bulan = RM1,333.33
Jika anda tidak memiliki sebarang insurans kesihatan semasa bersara nanti, sebilangan besar perbelanjaan bulanan anda sudah pasti habis hanya untuk membayar rawatan kesihatan sahaja.
Bagaimana dengan belanja sara hidup anda pula?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan